Friday, March 29, 2024
More

    Kes Denggi Di Kedah Meningkat

    Alor Setar: Kes denggi di Kedah meningkat 143.8 peratus dengan 490 kes direkodkan sehingga Sabtu lalu berbanding 201 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

    Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, satu kematian turut dilaporkan.

    “Sehingga 11 Jun lalu, bilangan wabak meningkat kepada 55 berbanding lapan bagi tempoh sama 2021 dan daripada jumlah wabak yang dilaporkan terdapat tiga lokasi panas yang berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.

    “Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis diperiksa dan 2,887 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Dr Othman berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.-KedahOnline

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.