Tuesday, August 9, 2022
More

    Pemain United Perlu Kerja Keras Untuk Ke Piala Dunia-Southgate

    Pengurus England, Gareth Southgate berkata pemain Manchester United yang kini tidak bersama skuad, perlu “melakukan banyak perkara” untuk kembali mendapat tempat ke Piala Dunia.

    Ketika pertahanan kiri, Luke Shaw mengalami kecederaan, Marcus Rashford dan Jadon Sancho tidak terpilih kerana prestasi buruk, hanya Harry Maguire menjadi pemain tunggal United berada dalam skuad Liga Negara-Negara untuk berdepan Hungary awal pagi Rabu ini.

    Rashford dan Sancho tidak terpilih sejak kekalahan England di tangan Itali pada final kejohanan Eropah tahun lalu namun Southgate berkata bulan lalu bahawa pemain itu memiliki perlawanan yang cukup bersama kelab untuk menunjukkan kualiti dan mengubah mindanya sebelum Piala Dunia pada November ini.

    Kedua-dua penyerang itu tidak bersama United dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana ketika kelab mereka menamatkan saingan di tangga keenam dan tidak layak ke Liga Juara-Juara.

    Ketika ditanya jika pemain United akan menjadi lebih segar untuk musim akan datang tanpa bola sepak Liga Juara-Juara, Southgate berkata, “Hanya ada seorang bersama kami. Mereka perlu melakukan banyak perkara untuk kembali ke dalam skuad.

    “Saya rasa bebanan lebih rendah dan sudah tentu kurang mengalami kecederaan, pemain boleh menjadi lebih baik tetapi kita tidak tahu. Sebahagian pemain akan berada di tahap terbaik jika mereka mendapat rentak permainan,” katanya. – REUTERS

    KedahOnline

    Sumber : Berita Harian

    Latest Posts

    Stay in touch

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.